Rumah Koo Ham terbakar: Ada unsur khianat, polis temui molotov cocktail

Keadaan kereta yang terbakar dalam kejadian di kediaman Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar pada awal pagi Rabu. Gambar kecil: Botol disyaki mengandungi bahan letupan dipercayai molotov cocktail.
Keadaan kereta yang terbakar dalam kejadian di kediaman Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar pada awal pagi Rabu. Gambar kecil: Botol disyaki mengandungi bahan letupan dipercayai molotov cocktail.
A
A
A

MANJUNG - Bahan letupan dipercayai molotov cocktail menyebabkan kebakaran berlaku di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian telah menemui satu botol disyaki mengandungi bahan letupan berkenaan.

Menurutnya, dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.

"Usaha mengesan individu terlibat masih diteruskan dan polis beri jaminan siasatan dilakukan secara terperinci daripada pelbagai aspek," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, pemimpin DAP tersebut bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kebakaran hanya melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes ini," katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat kejadian itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!