'Bah merah' igauan buruk penduduk Narathiwat

Kamalo hanya mampu berputih mata di hadapan tapak rumahnya yang telah dihanyutkan banjir di Kampung Kian, Daerah Sukhirin, Narathiwat.
Kamalo hanya mampu berputih mata di hadapan tapak rumahnya yang telah dihanyutkan banjir di Kampung Kian, Daerah Sukhirin, Narathiwat.
A
A
A

NARATHIWAT - Seorang warga emas di sini tidak dapat menahan sedih selepas melihat rumahnya dihanyutkan arus deras bah merah yang melanda wilayah Selatan Thailand pada 25 Disember lalu.

Kamalo Che Nawe, 72, dari Kampung Kian, Daerah Sukhirin di sini berkata, sepanjang hidupnya inilah kali pertama dia melihat keadaan banjir yang paling buruk pernah berlaku di kawasan tersebut.

Kamalo di hadapan bangsal yang kini menjadi tempat tinggal mereka selepas rumah dihanyut banjir.
Kamalo di hadapan bangsal yang kini menjadi tempat tinggal mereka selepas rumah dihanyut banjir.

Menurutnya, air yang naik terlalu cepat serta deras itu menyebabkan dia serta suami, Rojak Sin, 60, hilang tempat tinggal sekelip mata.

Jelas ibu kepada tujuh orang anak itu, kejadian yang berlaku terlalu pantas sehinggakan dia dan suami tidak sempat berbuat apa-apa.

"Alhamdulillah umur kami masih panjang. Masa kejadian saya dan suami berada di rumah anak.

"Apabila mendapat tahu kawasan rumah dilanda banjir, kami pulang untuk menyelamatkan harta benda tetapi semuanya hanyut dibawa arus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa Misi Bantuan Banjir anjuran Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar), Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dan Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Nasir (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan al-Quran kepada Imam Masjid Indarabihim, Kampung Tamdok, Mat Salleh Ismail (empat dari kanan).
Muhammad Nasir (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan al-Quran kepada Imam Masjid Indarabihim, Kampung Tamdok, Mat Salleh Ismail (empat dari kanan).

Misi tersebut diketuai oleh Penasihat MySinar merangkap Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Kamalo berkata, dia dan suami kini terpaksa tinggal di dalam bangsal yang dibina bersebelahan dengan bekas tapak rumah dihanyutkan.

Bencana terburuk sepanjang 47 tahun

Imam Masjid Al-Munawarah, Daerah Sukhirin, Ilyas Wasin memberitahu, banjir yang digelar 'air merah' itu bukan sahaja telah merosakkan banyak harta benda penduduk tetapi masjid yang telah dibina tinggi turut sama terjejas.

Keadaan Masjid Al-Munawarah di Narathiwat semasa banjir pada 25 Disember lalu.
Keadaan Masjid Al-Munawarah di Narathiwat semasa banjir pada 25 Disember lalu.

"Sepanjang umur 47 tahun, inilah pertama kali saya melihat banjir yang sangat buruk.

"Lebih menyedihkan lagi apabila boleh dikatakan semua al-Quran yang ada di dalam masjid rosak akibat ditenggelami air.

Jemaah masjid menunjukkan paras air banjir semasa kejadian.
Jemaah masjid menunjukkan paras air banjir semasa kejadian.

"Sejadah boleh dicuci tetapi berbeza dengan kitab suci itu, di mana kami perlu mendapatkan yang baharu," katanya.

Menurutnya, banjir lebih dua meter itu hampir menenggelamkan keseluruhan rumah ibadat tersebut.

Tambah Ilyas, beliau serta ahli jawatankuasa masjid tidak pernah terfikir banjir seteruk itu akan berlaku kerana sebelum ini jika musim tengkujuh air hanya akan melimpah sehingga di luar kawasan masjid sahaja.

31 masjid terkesan

Banjir tersebut bukan sahaja menenggelamkan rumah penduduk tetapi 31 masjid di tiga daerah iaitu Rueso, Si Sakhon dan Sukhirin turut sama terjejas teruk.

Ketua Persatuan Imam Daerah Rueso, Abdul Malik Omar berkata, paling menyedihkan apabila al-Quran yang sering digunakan oleh jemaah rosak teruk ditenggelami lumpur.

Ahli jemaah Masjid Al-Munawarah bersyukur dan gembira menerima sumbangan al-Quran yang disampaikan oleh Muhammad Nasir (enam dari kiri) semasa Misi Bantuan Banjir.
Ahli jemaah Masjid Al-Munawarah bersyukur dan gembira menerima sumbangan al-Quran yang disampaikan oleh Muhammad Nasir (enam dari kiri) semasa Misi Bantuan Banjir.

"Itu belum lagi melibatkan kemudahan yang ada di masjid turut sama rosak akibat banjir.

"Selepas dua minggu kejadian menyayat hati itu berlaku, boleh dikatakan kesemua masjid yang terjejas teruk telah dibersihkan," katanya.

Beliau memberitahu, walaupun kelengkapan yang ada tidak dapat diselamatkan namun kesemua masjid terlibat masih gah dan boleh digunakan untuk beribadat seperti seperti biasa.

Runtun jiwa

Keperitan serta keluhan mangsa banjir di Narathiwat meruntun jiwa Muhammad Nasir sehingga membawa beliau serta rombongan ke negara gajah putih ini.

Muhammad Nasir sebak melihat keadaan kitab suci al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banjir baru-baru ini.
Muhammad Nasir sebak melihat keadaan kitab suci al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banjir baru-baru ini.

Menurut beliau, lebih memilukan apabila melihat depan mata al-Quran rosak, dipenuhi lumpur serta tidak lagi dapat digunakan.

"Berpandukan kepada kesan banjir ini saya dapat rasakan beban penderitaan yang dihadapi oleh penduduk sangat perit.

Muhammad Nasir (kanan) memeriksa al-Quran yang rosak bersama wakil Masjid Darul Falah, Narathiwat.
Muhammad Nasir (kanan) memeriksa al-Quran yang rosak bersama wakil Masjid Darul Falah, Narathiwat.

"Ada penduduk yang hilang rumah, rosak dan sebagainya memberikan keinsafan dan kesedaran kepada kita semua," katanya.

Ilyas (dua dari kanan) menunjukkan kepada Muhammad Nasir kerosakan yang berlaku di masjid.
Ilyas (dua dari kanan) menunjukkan kepada Muhammad Nasir kerosakan yang berlaku di masjid.

Menurut Muhammad Nasir, pada masa sama pihaknya telah mengumpul dan menyerahkan 500 naskah al-Quran kepada masjid yang terkesan dengan banjir.

Beliau berharap rakyat Malaysia dapat terus membantu umat Islam di negara ini yang terjejas teruk dengan banjir tersebut.

Walaupun sudah dua minggu berlalu, penduduk masih belum siap berkemas sepenuhnya.
Walaupun sudah dua minggu berlalu, penduduk masih belum siap berkemas sepenuhnya.

Orang ramai yang ingin bersama MySinar boleh menyalurkan sumbangan ke atas nama Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia di akaun Maybank 562218233147.

Penduduk di Kampung Kilo 4, Narathiwat gembira menerima sumbangan al-Quran daripada MySinar, Karangkraf dan Sinar Harian.
Penduduk di Kampung Kilo 4, Narathiwat gembira menerima sumbangan al-Quran daripada MySinar, Karangkraf dan Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!