MKM terima lesen kendali jemaah haji, tawar baucar diskaun RM1 juta

Abdul Hadi Abdul Raman (kiri) dan Ahmad Safuan Nizam Mohd menunjukkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).
Abdul Hadi Abdul Raman (kiri) dan Ahmad Safuan Nizam Mohd menunjukkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah syarikat pengendali umrah dan haji, MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd (MKM) mendapat kepercayaan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengurus jemaah ke Tanah Suci bagi musim haji 2024.

Pengarah Strategik MKM, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, MKM merupakan antara 25 syarikat tempatan yang terpilih untuk diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim ini.

"Pemberian lesen PJH itu merupakan manifestasi kepercayaan berterusan TH terhadap MKM sebagai antara syarikat tempatan terpilih yang benar-benar berkelayakan selain berjaya memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan TH kerana melantik syarikat sebagai PJH sejak tahun 2016 yang dibuat berdasarkan keupayaan syarikat memberikan perkhidmatan cekap dan profesional," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jemaah haji kendalian MKM tiba untuk bermabit di Mina dalam menunaikan ibadah haji.
Jemaah haji kendalian MKM tiba untuk bermabit di Mina dalam menunaikan ibadah haji.

Sementara itu, Pengurus Haji MKM, Ahmad Safuan Nizam Mohd memberitahu, MKM sudah bersedia sepenuhnya untuk menawarkan perkhidmatan pengendalian yang terbaik dan cekap serta kemudahan berkualiti kepada jemaahnya.

"Kami mempunyai pengalaman hampir 20 tahun mengendalikan ibadah umrah dan haji dengan berjaya menerbangkan hampir 100,000 jemaah rakyat Malaysia dalam tempoh tersebut sekali gus membuktikan MKM sebagai syarikat yang kukuh dan mampu menawarkan perkhidmatan terbaik.

"Selain itu, kewujudan pejabat cawangan kami di Mekah akan memudahkan lagi sebarang urusan berkaitan dengan pengendalian jemaah serta usaha menjaga kebajikan mereka sepanjang berada di sana," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jemaah haji MKM bergambar selepas selesai melontar pada hari terakhir 13 Zulhijjah (Nafar Thani).
Jemaah haji MKM bergambar selepas selesai melontar pada hari terakhir 13 Zulhijjah (Nafar Thani).

Tambah Ahmad Safuan, pihak pengurusan syarikat bakal mengumumkan pakej-pakej haji menarik tidak lama lagi selain memperuntukkan RM1 juta bagi menyediakan baucar khas bernilai RM5,000 kepada setiap jemaah yang terpilih.

"Baucar berkenaan terhad kepada mereka yang terawal mendaftar dengan MKM.

"Bakal jemaah haji yang ingin menikmati baucar berkenaan bolehlah mengimbas kod QR yang disediakan di platform media sosial MKM tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!