80 peratus pelajar B40 layak masuk MRSM

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 80 peratus pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) layak menyambung pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, jumlah itu melibatkan mereka yang telah lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

"Alhamdulillah 80 peratus pelajar dalam kalangan B40 lepasi UKKM dan layak untuk ditawarkan tahun ini.

"Insya-ALLAH keputusan kemasukan ke MRSM akan mula disiarkan pada 18 Januari ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Sebelum ini beliau mendedahkan, Mara menerima lebih 104,000 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat di MRSM.

Permohonan tersebut katanya melibatkan 55 MRSM sedia ada di seluruh negara dengan kapasiti Tingkatan Satu sebanyak 7,282 manakala kuota Tingkatan Empat kira-kira 1,000 sahaja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!