Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Siapa yang mulakan cerita Langkah Dubai?’ - Tuan Ibrahim

10 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2024

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Perikatan Nasional (PN) memulakan gerakan menggulingkan kerajaan menerusi Langkah Dubai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tindakan perlu diambil kepada pihak mencetuskan dakwaan tersebut sehingga laporan polis dibuat dan menjadi bahan bualan di media sosial.

Datuk Seri Tuan Ibrahim mendakwa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang memulakan isu ini dan mengesa tindakan terhadap mereka.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul ketika percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643603/berita/politik/siapa-yang-mulakan-cerita-langkah-dubai---tuan-ibrahim

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #LangkahDubai #PerikatanNasional #KerajaanPerpaduan