Ti-Ratana anjur makan malam kumpul dana

Lebih 1000 tetamu menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan itu.
Lebih 1000 tetamu menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Ti-Ratana mengambil inisiatif mengadakan majlis makan malam bagi mengumpul dana sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan tersebut.

Majlis makan malam berlangsung di Hotel Royale Chulan di ibu negara itu turut mengundang Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebagai tetamu terhormat.

Presidennya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, seramai 500 ahli di bawah naungan pertubuhan itu termasuk seorang bayi yang baharu lahir di rumah perlindungan Pertubuhan Kebajikan Ti-Ratana dua bulan lalu.

'Kami bersyukur kerana telah membesarkan kira-kira 500 kanak-kanak sehingga ke hari ini, dan ramai daripada mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah.

"Malah kami juga gembira kerana mereka sudah mempunyai kehidupan sosial mereka sendiri di luar sana sekarang," katanya berucap pada majlis yang turut dihadiri Ketua Paderi Besar, Datuk K. Sri Dhammaratana.

KK Chai (kanan) dan K Sri Dhammaratana (kiri) mengiringi ketibaan Anthony (tengah) sebagai tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan itu.
KK Chai (kanan) dan K Sri Dhammaratana (kiri) mengiringi ketibaan Anthony (tengah) sebagai tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan itu.

KK Chai berkata, kini pertubuhan itu turut berhasrat untuk menubuhkan sebuah lagi pusat perlindungan iaitu Santuari Ti-Ratana Bentong dengan anggaran belanja menelan kos sebanyak RM23 juta.

"Kami meletakkan banyak usaha untuk membuat impian ini menjadi kenyataan.

"Tempat perlindungan ini direka bentuk sebagai rumah rohani untuk semua peringkat usia.

Artikel Berkaitan:

"Tempat perlindungan ini dijangka menyambut tetamu yang pertamanya tahun ini namun kami masih memerlukan lebih banyak sokongan kewangan untuk menyiapkan projek ini," katanya.

Anthony (tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa tertinggi T-Ratana sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan itu.
Anthony (tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa tertinggi T-Ratana sempena sambutan ulang tahun ke-29 pertubuhan itu.

Ujarnya, sokongan semua pihak bukan sekadar sumbangan kewangan kerana ia adalah pelaburan untuk kesejahteraan mereka yang bergantung pada keperihatinan masyarakat sebagai harapan masa depan mereka.

"Penaja yang bermurah hati telah menjadi asas kepada keupayaan masyarakat kita untuk memberikan impak yang bermakna, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak.

"Kepercayaan terhadap misi ini termasuk penyumbang telah memperkasakan kami untuk meneruskan kerja dalam menjaga keperluan golongan warga emas dan anak-anak yatim," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!