Ahmad Zahid batal hasrat tunai umrah

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 46 pertuduhan termasuk pecah amanah, menerima suapan dan pengubahan wang haram terpaksa membatalkan hasrat untuk menuaikan umrah minggu depan.

Keputusan itu dibuat Ahmad Zahid selepas beliau menarik balik permohonan untuk mendapatkan semula pasportnya di mahkamah sebelum membatalkan permohonan yang dikemukakan oleh peguamnya pada 8 Januari lalu.

Terdahulu pada prosiding sebutan kes itu semalam, Peguam Kitson Fong memaklumkan, pihaknya mengemukakan permohonan secara bertulis untuk mendapatkan semula pasport anak guamnya yang merancang menunaikan umrah pada 17 Januari ini.

Bagaimanapun permohonan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raja Rozila Raja Toran kerana menyifatkan permohonan itu terlalu suntuk untuk pihaknya mengemukakan jawapan.

Pada masa yang sama Hakim Rozina Ayob juga mempersoalkan tentang urusan Visa yang memerlukan tempoh masa tertentu untuk diselesaikan.

Selepas mengadakan perbincangan dengan hakim dan kedua-dua pihak, Ahmad Zahid akhir menarik balik permohonan tersebut dan merancang untuk menunaikan ibadah umrah itu pada bulan Ramadan seperti dilakukannya setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!