Jangan sebarangan bersuara babit isu sensitif - Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mahu semua pihak lebih lebih peka dan cermat ketika menyuarakan sebarang pandangan, pendirian atau cadangan yang boleh menyumbang kepada ketegangan serta suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jika perkara itu tidak dijaga ianya boleh menjadi percikan api yang memulakan kebakaran lebih besar.

Menurutnya, Pas percaya perbezaan pandangan dan kepercayaan tidak mewajarkan sebarang tindakan yang melampaui batas undang-undang serta akhlak, terutamanya yang boleh mengancam nyawa serta keselamatan harta benda.

“Semua usaha mesti diambil bagi menyuraikan ketegangan yang mungkin berlaku akibat perbezaan-perbezaan itu dengan segera, adil dan bijaksana.

“Jika dilihat dari sudut mana pun, perbuatan sedemikian tidak boleh diterima sama sekali, bukan sahaja kerana bercanggah dengan undang-undang, tetapi juga berlawanan dengan prinsip asas kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbuatan khianat terhadap kerosakan harta benda milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang terbakar pagi Rabu.

“Pas menyambut baik tindakan segera yang diambil oleh pihak berkuasa dalam mengawal keadaan dan menjalankan siasatan pantas bagi mengenal pasti dan menangkap mereka bertanggungjawab.

“Pas juga berharap YB Ngeh dan keluarga terus bertenang dan tidak terlalu terkesan dengan insiden tersebut atas kesedaran bahawa beliau sentiasa memperoleh simpati dan sokongan moral semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, selain mendapat perlindungan undang-undang yang berkuat kuasa di negara kita,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!