Bangunan Panggung Istana Budaya ditutup dua tahun

Bangunan panggung Istana Budaya akan ditutup selama dua tahun mulai 15 Januari ini.
Bangunan panggung Istana Budaya akan ditutup selama dua tahun mulai 15 Januari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bangunan panggung Istana Budaya yang menjadi pusat tumpuan penggiat seni tanah air bagi menganjurkan pementasan bertaraf antarabangsa akan ditutup selama dua tahun mulai 15 Januari ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, penutupan itu bertujuan memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan khususnya bumbung pusat berkenaan.

"Bangunan panggung Istana Budaya tidak akan beroperasi untuk sebarang bentuk acara atau pementasan sehingga 5 Januari 2026 dan dijangka dibuka pada tahun berkenaan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.



Beliau berkata, dalam tempoh penutupan itu, Istana Budaya akan menganjurkan persembahan seperti Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artistana menerusi Kempen Gerak ke seluruh Malaysia.

Katanya, Istana Budaya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan strategik (smart partnership) serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke e-mel info@istanabudaya.gov.my atau hubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya dengan menelefon 03-4026 5555. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!