Jaket bomber Ganjar-Mahfud MD ala Maverick curi tumpuan

Penampilan unik pasangan regu itu menerima pelbagai reaksi di media sosial. - Foto: Agensi
Penampilan unik pasangan regu itu menerima pelbagai reaksi di media sosial. - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Pasangan regu No. Siri Tiga ini kembali mencuri tumpuan ketika sesi debat ketiga calon presiden (capres) pada Ahad lalu kerana memanfaatkan fesyen sebagai strategi kempen untuk menyampaikan visi dan misi mereka.

Jaket bomber dikenakan Ganjar Pranowo dan Mahfud MD dikatakan mengambil inspirasi daripada filem aksi, Top Gun berkisarkan tentang watak juruterbang jet tempur Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Maverick yang dibintangi Tom Cruise.

Penampilan unik mereka juga mengimbau semula jaket bomber yang pernah dipakai Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada 2016.

Menariknya, jaket tersebut dilihat bersesuaian dengan tema debat yang mengangkat isu pertahanan, keamanan, hubungan antarabangsa, globalisasi, geopolitik dan politik luar negara.

Ganjar memuat naik gambar bersama Mahfud MD ketika memperagakan jaket bomber yang direka khas untuk mereka menerusi akaun Instagram miliknya.

Sebagai penambah aksesori, mereka turut memakai kaca mata aviator.

Ia dihasilkan jenama lokal, Timechine Co dengan harga 749,000 ribu rupiah (RM223), malah mereka juga mempromosikannya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!