'Teman India Perak, bukannya Melayu'

Seriram menunjukkan kad pengenalannya sebagai bukti dia anak jati Perak.
Seriram menunjukkan kad pengenalannya sebagai bukti dia anak jati Perak.
A
A
A

SEREMBAN - Perkara biasa di negara ini jika melihat bangsa lain fasih berbahasa Melayu, tetapi V Seriram, 43, pula bukan sahaja mampu berbahasa Melayu dengan baik, tetapi juga lancar bercakap loghat negeri Perak.

Disebabkan itu ada yang menyangka anak jati Perak berkenaan merupakan orang Melayu sedangkan dia adalah kaum India 'tulen'.

Menurutnya, membesar di persekitaran perkampungan Melayu di Kampung Dobi, Pekan Lama Batu Gajah, Perak sejak berusia dua tahun menyebabkan dia sudah terbiasa dengan dialek tersebut.

"Ketika itu pula kebanyakan kawan-kawan saya adalah orang Melayu dan kami pula berbual menggunakan loghat Perak.

"Jadi saya dah terbiasa sampailah sekarang dan sebenarnya saya lebih selesa bercakap loghat Perak berbanding bahasa Melayu biasa. Tetapi dengan keluarga dan rakan India, saya masih menggunakan bahasa Tamil," katanya ketika ditemui di rumahnya Taman Sri Permata di sini pada Rabu.

Seriram berharap sekiranya ada mana-mana pihak yang bersedia tawarkannya pekerja yang bersesuaian dengan kemampuannya.
Seriram berharap sekiranya ada mana-mana pihak yang bersedia tawarkannya pekerja yang bersesuaian dengan kemampuannya.

Malah disebabkan fasihnya dia bertutur menggunakan loghat Perak, menyebabkan ada yang menyangka dia berbangsa Melayu atau 'mamak'.

Ujar Seriram, ada juga individu yang baharu mengenalinya menyangka yang dia bergurau mengatakan dirinya kaum India bukannya Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya ramai orang India di Perak boleh bercakap loghat Perak. Tapi dalam keluarga saya, hanya saya seorang yang boleh cakap loghat Perak.

"Sebagai anak Perak berbangsa India, sudah tentu saya bangga boleh cakap loghat Perak dan bagi saya semua orang perlu berbangga dengan dialek negeri mereka," katanya.

Sementara itu, Seriram yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berkata, dia berhijrah ke Negeri Sembilan sejak enam bulan kerana mengikut isterinya yang berasal dari sini.

Seriram menunjukkan tangan kiri nya yang mengecil kesan daripada kemalangan.
Seriram menunjukkan tangan kiri nya yang mengecil kesan daripada kemalangan.

Katanya, dia seronok dapat belajar loghat Negeri Sembilan tetapi mengakui agak sukar dan memerlukan masa.

"Isteri saya berasal dari Rantau, Seremban dan kami berpindah ke sini kerana mahu berubat tangan kiri saya yang kini tidak lagi mampu berfungsi dengan baik selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 2012.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan dengan keadaan fizikal saya sekarang, agak sukar untuk mencari pekerjaan," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, dia amat berharap sekiranya ada mana-mana pihak yang bersedia tawarkannya pekerja yang bersesuaian dengan kemampuannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!