Keindahan istiadat berbedak serikan majlis mempelai Diraja Brunei

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah mengenakan persalinan tradisional Brunei pada istiadat berbedak di Istana Nurul Iman, Brunei, pada Rabu. Foto tangkap layar RTB NEWS
Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah mengenakan persalinan tradisional Brunei pada istiadat berbedak di Istana Nurul Iman, Brunei, pada Rabu. Foto tangkap layar RTB NEWS
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sama cantik sama padan! Majlis istiadat berbedak anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selesai di Istana Nurul Iman, Brunei, dengan penuh adat istiadat, pada Rabu.

Istiadat berbedak merupakan majlis keempat daripada 10 hari, yang dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis dimulakan dengan perarakan 40 pembawa tombok diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda bermulanya Istiadat Berbedak Pengantin Diraja itu.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah merupakan antara keluarga diraja terawal yang memulakan istiadat berbedak itu.

Majlis itu diadakan selepas majlis bertunang dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan diadakan berasingan. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!