Mentaliti juara Liverpool atasi Fulham

Gakpo pencetak gol kemenangan Liverpool. Foto Agensi
Gakpo pencetak gol kemenangan Liverpool. Foto Agensi
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Fulham 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium Anfield awal pagi Khamis.

Fulham terlebih dulu mengancam pemenang Piala Liga sembilan kali tersebut kekalahan pertama di tempat sendiri dalam semua pertandingan musim ini selepas Willian menjaringkan gol pada minit ke-19.

Bagaimanapun usaha The Reds yang bergelut mencari gol berhasil selepas Curtis Jones dan Cody Gakpo masing-masing menjelmakan gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-68 serta m-71.

“Ini adalah mentaliti dalam kumpulan, kelab dan bandar ini, teruskan sahaja dan tidak kira apa yang berlaku dan kami sekali lagi menunjukannya hari ini...

"Jika anda mempunyai mentaliti itu, banyak perkara luar biasa yang boleh berlaku..

“(Jones) mendapat gol yang sangat penting untuk mengembalikan kami dalam permainan dan selepas itu saya rasa kami benar-benar menguasai, bukan sahaja dengan penguasaan bola tetapi mencipta peluang dan kemudian yang kedua jadi saya gembira," kata Gakpo.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa ia bukan aksi terbaik The Reds.

"Ia bukan permainan terbaik kami yang pernah kami mainkan. Saya memberitahu kepada pemain-pemain bahawa mereka adalah manusia," kata Klopp.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Jones berkata, “Pada separuh masa pertama ia sememangnya sukar, kami menguasai bola tetapi tidak dapat mencari gol sebelum mengubahnya pada separuh masa kedua.

"Penyokong-penyokong Liverpool pulang dengan senyuman di wajah mereka jadi saya gembira...," kata Jones dalam aksi yang menyaksikan 21 percubaan Liverpool berbanding enam Fulham.

Sebagai rekod, Liverpool kehilangan khidmat Mohamed Salah, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini yang bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika, dan Trent Alexander-Arnold, yang cedera ketika Reds menang ke atas Arsenal dalam aksi pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!