PATI Pakistan, Myanmar, Bangladesh kena cekup di Kota Bharu
KOTA BHARU - Ops Belanja yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berjaya mencekup enam pendatang asing tanpa izin (PATI) pada Rabu.
Kesemua PATI yang ditahan itu merupakan warganegara Pakistan, Myanmar dan Bangladesh.
Unit Tindakan Operasi, Bahagian E, JIM Kelantan dalam satu kenyataan berkata, kesemua yang ditahan ini masing-masing berusia 18 hingga 45 tahun.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua PATI ini tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini" katanya pada Khamis.
Menurut kenyataan itu kesemua mereka ini dibawa ke Depo Imigresen Tahan Merah untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, PATI itu ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.
"Sepanjang operasi itu seramai 11 warga asing yang terdiri daripada Pakistan, Myanmar dan Bangladesh telah diperiksa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!