Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara
QUITO - Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.
Mereka ditawan di penjara di wilayah Azuay dan Canar, Napo, Tungurahua dan Cotopaxi.
"Polis dan angkatan tentera terus bekerjasama untuk membebaskan mereka," menurut pihak berkuasa National Comprehensive Care Service for Adults Deprived of Liberty and Adolescent Offenders.
Rusuhan tercetus selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa Adolfo "Fito" Macias, pengedar dadah utama negara dan ketua kumpulan jenayah "Los Choneros" telah melarikan diri dari Regional Prison Eight yang terletak di bandar Guayaquil.
Presiden Ecuador Daniel Noboa menggesa pasukan tentera dan polis untuk mengembalikan ketenteraman di penjara.
Pada Isnin, Noboa mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk memerangi aktiviti jenayah, terutamanya di penjara, di tengah-tengah peningkatan keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan yang bersaing untuk mengawal laluan pengedaran dadah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!