Enam sukarelawan dapat pengiktirafan Anugerah My Hero 4.0

Aaron (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah My Hero 4.0
Aaron (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah My Hero 4.0
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam sukarelawan diangkat sebagai penerima Anugerah My Hero 4.0 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) serta akhbar Nanyang Siang Pau pada Khamis.

Presiden KLSCCCI, Datuk Ng Yih Pyng berkata, program itu bermula sejak 2014 dan diadakan setiap dua tahun sebagai memberikan penghargaan kepada hero tidak didendang yang telah memberi khidmat bakti kepada komuniti.

Menurutnya, seramai 13 calon akhir telah disenarai pendek oleh panel juri pada edisi kali ini dan enam daripadanya terpilih menerima Anugerah My Hero 4.0.

"Anugerah ini demi memberi pengiktirafan kepada ndividu yang berjasa dalam menggalakkan keharmonian kaum dan perpaduan negara tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

"Ia juga menjadi pendorong dan teladan bersama untuk menjadi penyumbang perpaduan kepada keharmonian negara.

"Nilai-nilai ini amat penting dalam memastikan keamanan dalam negara berterusan, " katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah My Hero 4.0 berlangsung di Wisma KLSCCCI di sini pada Khamis.

Aaron (tiga dari kanan, belakang) bergambar bersama enam penerima Anugerah My Hero 4.0.
Aaron (tiga dari kanan, belakang) bergambar bersama enam penerima Anugerah My Hero 4.0.

Program yang mendapat sokongan daripada Kementerian Perpaduan Negara telah disempurnakan Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang.

Artikel Berkaitan:

Penerima anugerah tersebut terdiri Dr Mohammed Hazimi Abdul Razak, Muhammad Farhan Param Kunaseigaran, Dr Neville Anthony Fernandez, Dr Song Beng Kah, Mr Tan Cheng Teng dan Peter Wee Eng Ming.

Kesemua mereka menerima trofi, sijil penghargaan, sijil duta perpaduan dan wang tunai RM5, 000.

Tambah Yih Pyng, KLSCCCI berbangga dengan penganjuran program itu sebagai komitmen menyuburkan semangat perpaduan antara kaum dalam negara.

Ujarnya, perpaduan penting untuk membentuk penyatuan yang mampu memperkukuh kekuatan dan mencipta lebih banyak kejayaan.

Sementara itu, Aaron berkata, kementerian menyokong usaha menghargai unsung hero yang telah banyak berkorban masa dan wang ringgit bagi program komuniti.

Beliau berkata, kementerian akan melantik 50 duta perpaduan dan dua ikon perpaduan setiap tahun bermula tahun ini bagi membantu memupuk semangat penyatuan masyarakat serta keharmonian rakyat berbilang bangsa.

"Peranan individu berkenaan adalah menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan usaha kerajaan dalam meningkatkan semangat muhibbah dan kebersamaan.

"Tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini juga bagi mengasah kemahiran dan pengetahuan belia untuk menjadi pemimpin perpaduan dan keamanan dalam komuniti mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!