Ikan siakap, ayam RM1 meriahkan pembukaan Lotus’s Mart Duyong

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan ayam pada harga RM1 seekor sempena pembukaan Lotus’s Mart Duyong pada Khamis.
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan ayam pada harga RM1 seekor sempena pembukaan Lotus’s Mart Duyong pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Jualan ikan siakap dan ayam dengan harga RM1 seekor, ditawarkan kepada 250 pengunjung terawal pada hari pertama pembukaan pasar raya Lotus’s Mart Duyong di Taman Desa Duyong di sini pada Khamis.

Pengarah Stor (Kawasan Sentral 2) Lotus’s Malaysia, Jayakumar Govindan berkata, pembukaan cawangan ketiga di Melaka dengan keluasan 1,000 meter persegi itu juga menawarkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan dan istimewa termasuk tembikai serta kentang pada harga serendah 99 sen satu kilogram.

Jayakumar (kiri), Mohd Noor Helmy (dua dari kiri) dan Norena (empat dari kiri) ketika perasmian Lotus’s Mart Duyong di Taman Desa Duyong pada Khamis.
Jayakumar (kiri), Mohd Noor Helmy (dua dari kiri) dan Norena (empat dari kiri) ketika perasmian Lotus’s Mart Duyong di Taman Desa Duyong pada Khamis.

Menurutnya, ia sekali gus memberi peluang kepada 12,000 penduduk di kawasan Duyong berbelanja dengan bijak dan berbaloi memandangkan pasar raya tersebut turut menawarkan lebih 5,000 barangan keperluan runcit.

"Walaupun pasar raya ini bersaiz lebih kecil berbanding dua cawangan yang terdapat di Melaka, namun keunikannya akan mewujudkan ekosistem yang bermanfaat dan kemudahan kepada penduduk serta perniagaan sekitar.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli buah tembikai ditawarkan pada harga serendah 99 sen satu kilogram.
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli buah tembikai ditawarkan pada harga serendah 99 sen satu kilogram.

"Kita juga akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 12 tengah malam untuk memberi peluang kepada pelanggan menikmati pelbagai promosi yang ditawarkan bermula Khamis hingga Sabtu ini," katanya selepas majlis perasmian pembukaan pasar raya itu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem di Duyong di sini pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MCorp, Datuk Lim Chow Beng dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Norena Jaafar.

Artikel Berkaitan:

Jayakumar berkata, dengan penambahan Lotus’s Mart Duyong, Lotus’s Malaysia secara keseluruhannya memiliki sebanyak 69 cawangan yang dikendalikan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Mohd Noor Helmy berkata, pembukaan itu dapat dimanfaatkan rakyat DUN itu terutama golongan B40 bagi mendapatkan keperluan dengan harga lebih rendah.

Mohd Noor Helmy (kiri) dan Norena (dua dari kiri) melihat pelbagai jenama beras tempatan yang dijual di Lotus’s Mart Duyong di Taman Desa Duyong pada Khamis.
Mohd Noor Helmy (kiri) dan Norena (dua dari kiri) melihat pelbagai jenama beras tempatan yang dijual di Lotus’s Mart Duyong di Taman Desa Duyong pada Khamis.

"Ia sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani yang prihatin dengan penawaran jualan murah kepada pengguna berkonsepkan Jualan Rahmah.

"Malah turut disediakan sebanyak 25 peluang pekerjaan kepada anak tempatan untuk berkhidmat di pasar raya itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!