Pemasangan jambatan bailey di Jalan Kuantan-Segamat dimulakan

Al-Sultan Abdullah (tiga dari kanan) berangkat meninjau lokasi kejadian jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Khamis.
Al-Sultan Abdullah (tiga dari kanan) berangkat meninjau lokasi kejadian jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Khamis.
A
A
A

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat meninjau lokasi kejadian jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Khamis.

Sempena lawatan tersebut Seri Paduka Baginda diberikan taklimat oleh Pengarah Kerja Raya Pahang, Datuk Ir Hafizah Zakaria tentang situasi semasa kerja-kerja pembaikan jalan termasuk pemasangan jambatan bailey di laluan terbabit yang telah dimulakan.

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat meninjau lokasi kejadian jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat pada Khamis.
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat meninjau lokasi kejadian jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat pada Khamis.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hafizah berkata, kerja-kerja pemasangan jambatan bailey di lokasi laluan mendap itu telah dilaksanakan bermula pada Khamis.

Menurutnya, komponen jambatan bailey telah dibawa dan berada di lokasi.

Al-Sultan Abdullah diberikan taklimat disampaikan Hafizah tentang situasi semasa kerja-kerja pembaikan jalan termasuk pemasangan jambatan bailey di laluan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini.

"Kerja-kerja pemasangan jambatan tersebut dijangka disiapkan dalam tempoh seminggu bergantung kepada keadaan cuaca.

Artikel Berkaitan:

"Kerja-kerja pemasangan akan dilakukan 24 jam melibatkan 35 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang diketuai JKR Temerloh," katanya.

Hafizah berkata, jambatan sepanjang 30 meter dengan lebar sembilan meter itu dihadkan hanya kepada kenderaan tidak melebihi 20 tan.

"Bagi mengurangkan gangguan lalu-lintas, jambatan tersebut dibuka dan boleh dilalui kedua hala," jelasnya.

Beliau berkata, bagi penyelesaian jangka panjang, JKR Pahang akan memohon peruntukkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk cadangan pembaikan sepenuhnya dengan kos dianggarkan RM17 juta.

Sementara itu, Hafizah berkata, JKR Pahang telah mengenal pasti beberapa jalan utama di negeri ini yang sering ditenggelami banjir terutama.pada musim tengkujuh.

Beliau berkata, pihaknya juga telah memohon peruntukan untuk menaik taraf jalan tersebut dengan meninggikan arasnya bagi mengelak masalah itu terus berulang.

"Permohonan peruntukkan bagi menaik taraf (meninggikan aras) dua jalan yang sering dilanda banjir di daerah Maran dan Jerantut telah diluluskan dan salah satunya dalam proses pelaksanaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!