Rexy kecewa aksi Tang Jie-Ee Wei

Rexy. Foto Bernama
Rexy. Foto Bernama
A
A
A

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky meluahkan kekecewaan setelah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir dalam saingan pusingan kedua Terbuka Malaysia 2024 pada Khamis.

Pada aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, beregu nombor sembilan dunia itu terpaksa akur tumpas straight set 22-24, 14-21 kepada Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun

Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei gagal mengulangi pencapaian musim lalu apabila mereka mara ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

"Semalam (Rabu) jumpa dengan Perancis dapat mengawal emosi tetapi hari ini (Khamis) kita (Tang Jie-Ee Wei) mula hilang ghairah apabila Jepun mula menguasai permainan, terutamanya apabila pukulan-pukulan smash tidak masuk.

"Tang Jie pula melakukan pukulan smash seperti tidak pakai otak, main dengan keadaan panik dan emosi sehingga tidak tahu arah pukulan. Sepatutnya ini tidak boleh berlaku," katanya ketika ditemui media selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kedua Tang Jie-Ee Wei kepada beregu Jepun itu selepas turut berdepan keputusan sama pada pusingan kedua Terbuka Indonesia tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!