'Rampas tiga bangkai, bahagian binatang liar siap dipotong-potong'

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

LAHAD DATU - Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) menahan lima lelaki termasuk empat warga Indonesia dipercayai terlibat dalam pemburuan haram di utara Hutan Simpan Tabin bersempadan sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, semalam.

Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Mashor Jaini berkata, kesemua lelaki berumur 20 hingga 50 tahun itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam sebelum diserahkan kepada polis.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, didapati dalang pemburuan haram adalah empat warga Indonesia yang bekerja di ladang sawit yang terletak bersempadan Hutan Simpan Tabin.

ARTIKEL BERKAITAN: PGA Tiger Platoon bantu jejak pemburu haram

"Seorang lagi lelaki tempatan berumur 27 tahun adalah pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan Sinar Harian berkaitan kematian gajah di Sabah yang dikaitkan dengan aktiviti pemburuan haram.
Laporan Sinar Harian berkaitan kematian gajah di Sabah yang dikaitkan dengan aktiviti pemburuan haram.

Katanya, Protect ditugaskan menjalankan operasi di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat pemburuan haram dan berjaya mengesan serta menahan pekerja ladang itu leka memproses hasil buruan di pinggir Hutan Simpan Tabin.

"Ketika penahanan Protect turut merampas tiga bangkai binatang liar dan beberapa bahagian binatang liar yang telah siap dipotong-potong untuk dibawa keluar.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah dan disiasat di bawah Enakmen Pemuliharaan hidupan Liar 1997," katanya lagi.

Mashor berkata, pemilik ladang terutama yang bersempadan dengan hutan simpan perlu lebih bertanggungjawab untuk memastikan pekerjanya tidak terlibat dengan pemburuan haram.

Mashor turut menggesa agar setiap ladang dapat memperketatkan kawalan di pintu masuk atau pos kawalan ladang masing-masing agar pemburu haram dari luar tidak dapat menggunakan laluan ladang untuk memasuki kawasan hutan simpan dan berburu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!