Tak kisah sekolah apa, janji kena rajin belajar

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

APABILA Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan, sebanyak 80 peratus pelajar dalam kalangan keluarga B40 layak menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Maka kecohlah group WhatsApp sekolah dengan pelbagai reaksi ibu bapa yang tidak sabar menunggu keputusan tersebut pada 18 Januari ini.

Ada segelintir ibu bapa berasa risau kerana anak-anak yang menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sebelum ini tidak berjaya menjawab semua soalan dengan sempurna.

Walaupun Mara menerima lebih 104,000 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat di MRSM, tetapi tempat kosong hanya ada 8,282 melibatkan 55 MRSM seluruh negara.

Bagi Merak Jalanan, jika tidak terpilih, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan untuk menegaskan bahawa hidup perlu diteruskan walaupun belajar di sekolah biasa.

Memanglah anak-anak akan menjadi lebih berdikari jika tinggal berjauhan dari keluarga kerana semua perkara perlu dilakukan sendiri.

Sudah pasti juga mereka akan giat bersaing sesama sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh kerana di MRSM, semuanya merupakan insan istimewa lagi terpilih.

Namun, dari sisi positif lain, banyak juga kelebihan tersembunyi jika anak-anak belajar di sekolah menengah biasa.

Artikel Berkaitan:

Paling penting, mereka ada lebih banyak masa untuk ibu bapa dan adik-beradik yang lain.

Siapa pula kata di sekolah menengah biasa anak kita tidak boleh jadi pelajar cemerlang?

Faktor utama untuk berjaya dalam pelajaran bukanlah di mana mereka bersekolah, sebaliknya mengulang kaji secara konsisten dengan penuh tumpuan dan bijak membahagikan masa.

Ditambah pula dengan doa ibu bapa yang mengiringi, pasti anak-anak akan berjaya, insya-ALLAH!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!