Imigresen Johor cekup 16 warga asing bekerja tanpa permit

Sebahagian warga asing yang ditahan melibatkan premis perniagaan sekitar Batu Pahat dan Segamat pada 9 dan 10 Januari lalu. Foto Facebook JIM Johor
Sebahagian warga asing yang ditahan melibatkan premis perniagaan sekitar Batu Pahat dan Segamat pada 9 dan 10 Januari lalu. Foto Facebook JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 16 warga asing ditahan dalam empat operasi berasingan di beberapa ‘lokasi panas’ melibatkan premis perniagaan sekitar Batu Pahat dan Segamat pada 9 dan 10 Januari lalu.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Baharuddin Tahir, operasi tersebut melibatkan Ops Dandan, Ops Belanja, Ops Selera dan Ops Minyak yang dibuat susulan maklumat daripada orang awam berhubung terdapat warga asing bekerja tanpa permit/pas yang sah di kedua-dua daerah berkenaan.

“Pada serbuan yang kita lakukan, seramai empat wanita dan empat lelaki warga lelaki warga Myanmar, empat lelaki dewasa warga Pakistan, dua wanita dewasa warga Indonesia dan dua wanita dewasa warga Vietnam berusia 20 hingga 37 tahun telah ditahan.

“Kesemua yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Imigresen Johor menahan seorang warga asing di sebuah premis. Foto Facebook JIM Johor
Imigresen Johor menahan seorang warga asing di sebuah premis. Foto Facebook JIM Johor

Sementara itu, Baharuddin menegaskan JIM Johor akan terus mempergiatkan penguatkuasaannya bagi mencegah isu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), khususnya di negeri ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi juga akan dikenakan terhadap PATI (pendatang tanpa izin) yang melanggar undang-undang ini.

“Ini termasuk kepada majikan serta pemilih premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!