KSSB bantu 303 anak orang asli

Abd Wahab (lima dari kiri) bersama penerima sumbangan dalam kalangan anak orang asli di Bukit Tadom, Banting baru-baru ini.
Abd Wahab (lima dari kiri) bersama penerima sumbangan dalam kalangan anak orang asli di Bukit Tadom, Banting baru-baru ini.
A
A
A

BANTING - Bagi membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengagihkan bantuan kepada 303 anak orang asli sekitar Selangor baru-baru ini.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat KSSB, Abd Wahab Nordin berkata, bantuan menunjukkan keprihatinan KSSB itu dilaksanakan sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya memberikan sumbangan berbentuk pakaian dan beg sekolah kepada anak-anak orang asli yang terpilih.

“Menjadi tanggungjawab KSSB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor memberikan bantuan itu bagi menunjukkan keprihatinan terhadap anak-anak orang asli yang tinggal berhampiran tapak operasi syarikat.

“Ia sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan kemasukan sesi sekolah pada tahun ini,” katanya.

Seramai 27 anak orang asli di Pulau Kempas, Banting menerima bantuan persekolahan sumbangan KSSB.
Seramai 27 anak orang asli di Pulau Kempas, Banting menerima bantuan persekolahan sumbangan KSSB.

Beliau berkata, mereka yang menerima sumbangan itu termasuk 141 anak orang asli di Bukit Tadom, Banting; Pulau Kempas, Banting (27 penerima); Bukit Serdang, Banting (35 penerima); Cheding, Banting (94 penerima) dan Kuala Garing, Rawang (enam orang).

Katanya, KSSB bertanggungjawab dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat di mana sahaja syarikat itu berada.

Artikel Berkaitan:

"KSSB juga berfungsi merangsang sosioekonomi berterusan dengan memberi penekanan terhadap aspek pendidikan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar.

“Program seperti ini sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara KSSB dengan penduduk dalam kalangan orang asli,” katanya.

Anak-anak orang asli di Cheding, Banting gembira menerima bantuan persekolahan masing-masing yang disampaikan oleh Abd Wahab.
Anak-anak orang asli di Cheding, Banting gembira menerima bantuan persekolahan masing-masing yang disampaikan oleh Abd Wahab.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!