Situasi banjir di Kota Tinggi makin pulih

KOTA TINGGI, 12 Jan -- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama sukarelawan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bergotong-royong membersihkan lumpur di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi hari ini susulan kejadian banjir baru-baru ini.
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KOTA TINGGI, 12 Jan -- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama sukarelawan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bergotong-royong membersihkan lumpur di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi hari ini susulan kejadian banjir baru-baru ini. -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KOTA TINGGI - Daerah Kota Tinggi memasuki fasa pascabanjir bermula hari hingga 16 Januari depan susulan situasi banjir yang semakin pulih, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar@Jaafar.

Sehubungan itu, beliau menyeru belia, sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama membantu membersihkan rumah mangsa dan premis terkesan dengan bencana itu.

On berkata, sukarelawan dan NGO berminat perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pusat kawalan operasi banjir di Dewan Jubli Intan, di sini yang dikendalikan oleh Majis Daerah Kota Tinggi (MDKT) untuk tujuan penyelarasan.

Beliau berkata, menerusi pendaftaran, MDKT dapat mengagihkan kawasan terjejas yang memerlukan khidmat sukarelawan dengan lebih efektif selain membantu mengelak pembaziran dari segi penyediaan makanan.

"Tiada syarat dikenakan bagi individu yang ingin menjadi sukarelawan pascabanjir di sini, tetapi mereka digalak membawa kelengkapan sendiri terutama tong air. Jika ada lori tangki air, lebih baik kerana di kawasan ini sedang mengalami tekanan air yang rendah susulan ramai orang mencuci rumah masing-masing.

"Sukarelawan juga digalak memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan kerja mencuci kotoran air banjir," katanya kepada Bernama ketika meninjau kerja-kerja mencuci di Sekolah Agama Kota Tinggi di sini pada Jumaat.

Menurut On, setakat hari ini sebanyak 500 sukarelawan membabitkan agensi kerajaan, swasta dan NGO telah turun membantu kerja-kerja pascabanjir di daerah berkenaan.

Setakat 1 tengah hari tadi, angka mangsa banjir di Johor menunjukkan penurunan kepada 4,630 orang di enam daerah terjejas berbanding 4,648 orang di tujuh daerah pada 12 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan:

Kota Tinggi merupakan daerah paling teruk terjejas sejak 7 Jan lepas dengan membabitkan 4,019 mangsa. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!