Tujuh tukang urut kena serbu, tak sempat sarung baju

Tujuh wanita warga asing ditahan JIM Pahang yang menyerbu sebuah pusat urut, di sini, malam Khamis. Foto Facebook JIM Pahang.
Tujuh wanita warga asing ditahan JIM Pahang yang menyerbu sebuah pusat urut, di sini, malam Khamis. Foto Facebook JIM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh wanita warga asing tidak sempat menyarungkan baju ketika sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menyerbu sebuah pusat urut, di sini, malam Khamis.

Kesemua wanita berkenaan dalam keadaan separuh bogel sedang leka mengurut pelanggan masing-masing tidak menyedari kehadiran penguatkuasa Imigresen dalam Op Gegar pada jam 8.30 malam itu.

Salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam Op Gegar pada Khamis. (Foto Facebook JIM Pahang).
Salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam Op Gegar pada Khamis. (Foto Facebook JIM Pahang).

JIM Pahang menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan enam wanita Thailand dan seorang wanita China yang ditahan berusia antara 28 hingga 44 tahun.

"Kesemua mereka dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

"Pelanggan dan penjaga premis warga tempatan juga dikeluarkan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, 10 premis lain membabitkan kilang, kedai makan, kedai jahit dan kedai runcit telah diserbu oleh penguatkuasaan JIM Pahang dengan kekuatan 20 pegawai.

Menurut kenyataan terbabit, 11 lagi warga asing telah ditahan dalam serbuan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang ditangkap terdiri daripada empat warga Indonesia (4), Bangladesh (dua) dan masing-masing satu individu daripada negara Kemboja, Thailand, Myanmar, Pakistan serta India.

"Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut," katanya.

Sehubungan itu, JIM Pahang akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Katanya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang melindungi PATI.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!