Abang nekad selamatkan tiga adik dalam kebakaran

Mohamad Arif Haikal melihat dapur rumah yang mula-mula terbakar dalam kejadian di Kampung Sireh.
Mohamad Arif Haikal melihat dapur rumah yang mula-mula terbakar dalam kejadian di Kampung Sireh.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pembuat perabot bertindak nekad menyelamatkan tiga adiknya dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah di Kampung Sireh di sini, pada Jumaat.

Mohamad Arif Haikal Hashim, 22, berkata, pada jam 8 pagi itu, dia bersarapan roti dengan adik bongsunya, Ariana Qalisha, 5, di ruang tamu rumah sewa berkenaan sementara ibu bapa mereka keluar ke pasar untuk membeli lauk-pauk.

MOHAMAD ARIF HAIKAL
MOHAMAD ARIF HAIKAL

Katanya, selesai bersarapan, dia masuk ke bilik untuk berehat namun tidak lama kemudian Ariana datang memberitahu melihat kepulan asap di bahagian dapur rumah.

“Saya bergegas untuk melihat keadaan tetapi api sudah marak membakar tong gas dan menyambar bahagian dinding.



“Saya segera merangkul Ariana dan berlari untuk mengejutkan dua lagi adik (17 dan 11 tahun) yang sedang tidur di dua bilik berasingan serta menarik mereka hingga terbangun lalu membawa kesemuanya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian itu, pada Jumaat.

Mohamad Arif Haikal (kanan) bersama ibunya, Mardiana Yaakub, 46, (tengah) dan Ariana (empat dari kanan) yang masih terkejut dengan kejadian itu. Foto SINAR HARIAN
Mohamad Arif Haikal (kanan) bersama ibunya, Mardiana Yaakub, 46, (tengah) dan Ariana (empat dari kanan) yang masih terkejut dengan kejadian itu. Foto SINAR HARIAN

Menurut Mohamad Arif, keadaan ketika itu kelam-kabut dan mereka terpaksa melalui tangga bersebelahan dapur yang sedang marak terbakar untuk keluar dari rumah itu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sebaik keluar, api tersebut terus merebak menghanguskan sepenuhnya rumah mereka dan kereta jenis Proton Saga yang diletakkan di hadapan rumah.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan api merebak pula ke enam lagi rumah jiran dalam keadaan cuaca yang panas serta berangin.

“Adik kedua saya menghubungi ibu bapa yang kemudian pulang untuk melihat keadaan kami, mujurlah kami selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya yang akan menumpang di rumah saudara mereka buat sementara waktu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, juga pembaiki pendingin hawa, Hilmi Hasan, 39, berkata, dia cuba untuk membantu memadamkan api di rumah jirannya itu, namun gagal kerana asap tebal sebelum berpatah balik.

HILMI. Foto SINAR HARIAN
HILMI. Foto SINAR HARIAN

Kata bapa tiga anak itu, dia segera memanggil isteri dan anak-anaknya untuk keluar menyelamatkan diri kerana keadaan rumah mereka sangat hampir dengan rumah yang mula-mula terbakar.

“Saya arah ahli keluarga supaya segera keluar dari rumah dan mengalihkan tiga kereta ke tempat selamat tetapi tidak sempat mengalihkan motosikal jenis RZX serta hangus bersama rumah dalam kebakaran itu.

Hilmi menunjukkan rumahnya yang hangus dalam kebakaran pada Jumaat
Hilmi menunjukkan rumahnya yang hangus dalam kebakaran pada Jumaat

“Saya juga kerugian kira-kira RM30,000 kerana alat ganti pendingin hawa yang turut musnah dalam kebakaran itu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!