DBKL terus gempur Petaling Street

Meja yang diletakkan di siar kaki antara disita menerusi operasi penguatkuasaan DBKL pada Khamis.
Meja yang diletakkan di siar kaki antara disita menerusi operasi penguatkuasaan DBKL pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat daripada lapan premis yang diperiksa dikenakan tindakan sita dan pindah barangan menerusi tindakan khas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Petaling Street.

DBKL berkata, penguatkuasaan pada malam Khamis itu menumpukan kepada aktiviti perniagaan yang melakukan kesalahan halangan berkaitan meletak barangan tred di atas jalan dan siar kaki awam.

Menurutnya, operasi membabitkan kekuatan 32 anggota DBKL diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Noor Azman Mahlin turut menjalankan pemeriksaan terhadap premis tanpa lesen warga asing.

Seorang anggota DBKL mengangkat meja yang disita.
Seorang anggota DBKL mengangkat meja yang disita.

"Hasil pemeriksaan semasa operasi ke atas lapan premis, empat daripadanya dikenakan tindakan sita dan pindah peralatan perniagaan.

"Operasi restoran tersebut diambil tindakan kerana meletakkan kerusi meja, stall beroda, payung, dapur, tong gas, di atas laluan jalan di tempat awam tanpa kebenaran," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Selain itu katanya, sebanyak 12 notis pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi sama.

Sebanyak 12 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan di Petaling Street.
Sebanyak 12 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan di Petaling Street.

Artikel Berkaitan:

" Ia babitkan empat notis kompaun halangan tempat awam di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan satu notis kompaun UUK Iklan (WPKL) 1982.

"Satu notis kompaun premis tanpa lesen di bawah UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta enam notis kompaun halangan kenderaan dibawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 turut dikeluarkan, " ujar kenyataan itu.

Katanya, 80 peralatan perniagaan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod dan dokumentasi.

DBKL turut mengingatkan pemilik premis perniagaan mematuhi syarat-syarat lesen dan tidak membuat sebarang halangan di tempat dan laluan awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!