'Peluang bina rumah di syurga, bina syurga di rumah'

Suasana pasa Majlis Pelancaran Kempen Ramadan 1445H (Faham Khatam Al-Quran Think Quran) di Auditorium Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Suasana pasa Majlis Pelancaran Kempen Ramadan 1445H (Faham Khatam Al-Quran Think Quran) di Auditorium Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Misi MengQurankan Bangsa menjadi titik tolak kerjasama antara Kumpulan Karangkraf dan Aplikasi Think Quran untuk melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bersempena Ramadan.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, besar harapannya agar umat Islam mengkhatamkan al-Quran pada bulan puasa ini dengan kefahaman menerusi kemudahan penggunaan aplikasi berkenaan.

Hussamuddin
Hussamuddin

"Jadi kamu hendak masuk syurga (atau) tidak? Jika hendak, kamu kena jadi muslim yang baik.

"Muslim yang baik adalah yang ada al-Quran pada diri dan faham," katanya ketika berucap sempena pelancaran kempen #FahamKhatamAlQuran di Karangkraf di sini pada Jumaat.

Katanya, pelancaran kempen itu juga datang tepat pada waktunya, apatah lagi kedatangan Ramadan kelak akan mendorong lebih ramai orang Islam mencari dan membaca kitab suci al-Quran, sekali gus mewujudkan momentum terbaik melalui penekanan program berkenaan.

Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, keberanian Think Quran membuat pelaburan demi memartabatkan al-Quran disambut baik oleh pihaknya.

"Inilah peluang untuk kita membina rumah di syurga dan membina syurga di rumah, itulah misinya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hussamuddin turut berkongsi tentang misinya terhadap organisasi dan dari sudut peribadinya.

"Misi peribadi saya ini, saya bukan dari sekolah Arab dahulu sekolah orang putih (Inggeris) jadi misinya adalah merayu (kepada) ALLAH, atau cuba mencari reda ALLAH.

"Untuk Karangkraf pula, kami memulakan misi untuk memandaikan bangsa Melayu kerana semasa kami memulakan syarikat ini, masa itu orang Melayu tidak gemar membaca.

"Jadi apa yang kami buat gerakan untuk menarik minat orang Melayu untuk membaca dengan menerbitkan pelbagai bahan bacaan," katanya.

Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.

Bersempena dengan kempen itu juga, Think Quran menawarkan satu set percuma al-Quran Amazing dengan setiap langganan seumur hidup Think Quran pada harga RM399.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!