Junta Myanmar setuju gencatan senjata dengan kumpulan pemberontak

Anggota pemberontak TNLA mengawal pintu masuk di kawasan kuil di Bandar Namhsan, Negeri Shan. Foto AFP
Anggota pemberontak TNLA mengawal pintu masuk di kawasan kuil di Bandar Namhsan, Negeri Shan. Foto AFP
A
A
A

YANGON - Junta Myanmar dan kumpulan etnik minoriti pemberontak bersenjata mengumumkan gencatan senjata pada Jumaat, sekali gus mengakhiri konflik dua pihak selama berbulan-bulan.

Konflik memuncak di negeri Shan di utara Myanmar sejak Oktober, apabila pakatan kumpulan etnik minoriti melancarkan serangan terhadap junta.

Perikatan itu telah merampas beberapa bandar dan hab sempadan yang penting untuk perdagangan dengan China.

"Dengan bantuan China, terdapat pertemuan di Kunming (bandar selatan China) dan kami telah mencapai perjanjian senjata," kata jurucakap junta, Zaq Min Tun kepada AFP.

Anggota perikatan Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta'ang (TNLA), Tar Bhone berkata, pihaknya telah bersetuju untuk membuka semula sempadan perdagangan dengan China.

Pada masa sama, China mengumumkan gencatan senjata pada Jumaat.

"Kedua-dua pihak bersetuju melakukan gencatan senjata serta-merta, untuk melepaskan anggota tentera dan menyelesaikan pertikaian serta tuntutan yang berkaitan melalui rundingan secara aman," kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!