Pho Vietnam tercalon antara 20 sup terbaik dunia

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

HANOI - CNN Travel baru-baru ini mencalonkan pho (mi sup daging lembu) Vietnam antara 20 sup terbaik di dunia.

Artikel dengan senarai 20 sup terbaik yang diterbitkan pada 8 Januari memetik pengarang "The Pho Cookbook” Andrea Nguyen sebagai berkata bahawa Pho merupakan antara masakan terkenal di negara itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Meskipun restoran pho hari ini menyajikan sup dengan pelbagai perisa, daging lembu adalah yang asli.

Kuahnya direbus selama berjam-jam dengan campuran kayu manis, bunga lawang dan rempah-ratus lain bagi menghasilkan aroma luar biasa, menurut artikel itu.

Hidangan lain yang turut tersenarai termasuk Banga dari Nigeria, Borscht dari Ukraine, Bouillabaisse dari Perancis, Caldo verde dari Portugal dan Chorba frik dari Algeria, Libya dan Tunisia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!