Polis siasat ketua balai lakukan kekerasan terhadap orang awam

Video tular memaparkan seorang individu dipercayai ketua polis balai melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.
Video tular memaparkan seorang individu dipercayai ketua polis balai melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan menjalankan siasatan selepas tular video memaparkan seorang individu dipercayai ketua polis balai melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular dalam media sosial termasuk platform X.

"Video tular itu dikesan pada jam 3.11 petang hari ini, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.

"Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.

"Siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan seorang individu lelaki mengasari seorang lelaki yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.

Individu tersebut dilihat menampar lelaki terbabit sebanyak sembilan kali sambil sebelah lagi tangannya menggenggam rambut mangsa.

Mangsa yang kelihatan ketakutan tidak melawan tindakan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Antara ayat yang dapat didengar termasuk, 'kau dah banyak kali buat hal', 'bulan puasa ke bulan apa ni', 'dah tak puasa, mencuri lagi'.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!