[VIDEO] Harimau Malaya miliki kualiti bersaing di Qatar 2023
SKUAD bola sepak negara mempunyai kualiti untuk menyaingi Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Piala Asia 2023 di Qatar pada Selasa ini.
Itu keyakinan pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools juga percaya pasukan lawan The Chivairous Ones kendalian Hussein Ammouta mempunyai kualiti sama.
Malah jelasnya, skuad negara juga memiliki kelebihan dan kualiti fizikal untuk bersaing dengan Bahrain dan pemenang dua kali temasya, Korea Selatan.
"Kita miliki kualiti, mereka juga ada kualiti tersendiri. Jadi saya tidak mengambil berat mengenai perkara ini.
"Saya percaya bahawa pasukan kami sudah bersedia memberikan persembahan yang terbaik.
"Malah pemain-pemain sangat menantikan perlawanan ini, kerana sudah melakukan persiapan sempurna untuk permainan ini," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon akan menyingkap cabaran Kumpulan E berdepan Jordan di Stadium Al Janoub pada 16 Januari ini.
Selepas berdepan Jordan, anak-anak buah Pan-gon akan berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad (20 Januari) sebelum bertemu Korea Selatan di Stadium Al Janoub, 25 Januari.
Senarai Pasukan Piala Asia Qatar 2023
JEPUN
Ranking FIFA (17)
Gelaran: Blue Samurai
Pengendali: Hajime Moriyasu
Juara: 4 kali
IRAN
Ranking FIFA (21)
Gelaran: Iranian Lions
Pengendali: Amir Ghalenoei
Juara: 3 kali
KOREA SELATAN
Ranking FIFA (23)
Gelaran: Teageuk Warriors
Pengendali: Jurgen Klinsmann
Juara: 2 kali
AUSTRALIA
Ranking FIFA (25)
Gelaran: The Socceroos
Pengendali: Graham Arnold
Juara: 1 kali
ARAB SAUDI
Ranking FIFA (56)
Gelaran: Green Falcons
Pengendali: Roberto Mancini
Juara: 3 kali
QATAR
Ranking FIFA (58)
Gelaran: The Maroons
Pengendali: Tintin Marquez
Juara: 1 kali
IRAQ
Ranking FIFA (63)
Gelaran: Lions of Mesopotamia
Pengendali: Jesus Casas
Juara: 1 kali
UAE
Ranking FIFA (64)
Gelaran: The Whites
Pengendali: Paulo Bento
Juara: 0
UZBEKISTAN
Ranking FIFA (68)
Gelaran: White Wolves Turanians
Pengendali: Srecko Katanec
Juara: 0
OMAN
Ranking FIFA (74)
Gelaran: The Reds
Pengendali: Branko Ivankovic
Juara: 0
CHINA
Ranking FIFA (79)
Gelaran: Dragons
Pengendali:: Aleksandar Jankovic
Juara: 0
BAHRAIN
Ranking FIFA (86)
Gelaran: The Pearl Divers
Pengendali: Juan Antonio Pizzi
Juara: 0
JORDAN
Ranking FIFA (87)
Gelaran: The Chivairous Ones
Pengendali: Hussein Ammouta
Juara: 0
SYRIA
Ranking FIFA (91)
Gelaran: Qasioun Eagles
Pengendali: Hector Cuper
Juara: 0
VIETNAM
Ranking FIFA (94)
Gelaran: Golden Star Warriors
Pengendali: Phillipe Troussier
Juara: 0
KYRGYZSTAN
Ranking FIFA (98)
Gelaran: The White Falcon
Pengendali: Stefan Tarkovic
Juara: 0
PALESTIN
Ranking FIFA (98)
Gelaran: The Knights
Pengendali: Makram Daboub
Juara: 0
INDIA
Ranking FIFA (102)
Gelaran: The Blue Tigers
Pengendali: Igor Stimac
Juara: 0
TAJIKISTAN
Ranking FIFA (106)
Gelaran: The Crowns
Pengendali: Petar Segrt
Juara: 0
LEBANON
Ranking FIFA (107)
Gelaran: The Cedars
Pengendali: Miodrag Radulovic
Juara: 0
THAILAND
Ranking FIFA (113)
Gelaran: War Elephants
Pengendali: Masatada Ishii
Juara: 0
MALAYSIA
Ranking FIFA (130)
Gelaran: Harimau Malaya
Pengendali: Kim Pan-gon
Juara: 0
INDONESIA
Ranking FIFA (146)
Gelaran: Garuda
Pengendali: Shin Tae-yong
Juara: 0
HONG KONG
Ranking FIFA (156)
Gelaran: The Dragons
Pengendali: Jorn Andersen
Juara: 0
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!