Axelsen lepasi halangan Angus
PEMAIN nombor satu dunia, Viktor Axelsen mengekalkan momentum positif dalam misi mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Malaysia pada Jumaat.
Bagaimanapun pemain dari Denmark itu diberikan tentangan sengit sebelum dapat menjinakkan cabaran pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam aksi suku akhir.
Di Axiata Arena, Axelsen bangkit kekalahan set pertama 16-21 untuk menjinakkan lawan dua set berikutnya dengan kemenangan 21-18, 21-8 dalam masa 61 minit.
Sebagai rekod, Axelsen sebelum ini memenangi Terbuka Malaysia 2022 dan 2023 dan Masters Malaysia 2018.
Selain itu pemain berusia 30 tahun tersebut juga muncul naib juara edisi Masters Malaysia 2020.
Axelsen sebelum ini menyingkirkan, Lee Cheuk Yiu, 21-17, 20-22, 21-17, dalam masa 74 minit di pusingan 16.
Terdahulu Axelsen menewaskan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, 21-13, 21-15 dalam masa 43 minit pada pusingan pertama.
@sinarharianonline Penyandang juara perseorangan lelaki, Viktor Axelsen mengunakan sepenuh pengalaman untuk bangkit mengatasi Angus Ng Ka Long dalam aksi suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia pada Jumaat. Pemain nombor satu dunia dari Denmark itu bangkit kekalahan 16-21 untuk menjinakkan lawan dari Hong Kong, 21-18, 21-8 dalam masa 61 minit di Stadium Axiata Arena. Axelsen memuji semangat juang Angus yang akan bertemu pemain pilihan ketujuh dari China, Shi Yu Qi dalam separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, Lu Guang Zu 8-21, 21-11, 21-10. #SinarHarian #SinarTerkini #TerbukaMalaysia2024 #Badminton
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!