Samurai Biru tagih bisa Kubo
JURULATIH Jepun, Hajime Moriyasu berharap Takefusa Kubo dapat meneruskan rentak cemerlang di Real Sociedad musim ini dengan membantu skuad Samurai Biru menjulang Piala Asia.
Menurut Moriyasu, kudrat Kubo amat ditagih dalam usaha membuka kunci pertahanan lawan selepas bintang Brighton, Kaoru Mitoma mungkin terlepas perlawanan awal akibat kecederaan.
Kubo, 22, telah menyumbat enam gol di La Liga setakat ini dan muncul watak utama membantu Sociedad mengungguli saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah.
“Saya harap dia boleh menjadi pemain yang memimpin pasukan menuju kemenangan.
“Dia bermain untuk Real Sociedad dalam Liga Juara-Juara dan liga Sepanyol dan dia adalah watak utama di bahagian serangan.
"Jadi, saya mahu Kubo terus bermain seperti itu apabila dia menyertai pasukan kebangsaan," ujar Moriyasu.
Pada Piala Dunia 2022, Kubo jarang diturunkan dan Jepun, juara empat kali kejohanan membuka kempen Kumpulan D menentang Vietnam pada Ahad.
Iraq dan Indonesia turut diletakkan dalam kumpulan sama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!