Haaland cetus masalah buat City

Haaland
Haaland
A
A
A

ERLING Haaland masih belum pulih daripada kecederaan dan akan diketepikan sehingga akhir bulan ini, kata pengendali Manchester City Pep Guardiola.

Haaland telah terlepas lapan perlawanan terakhir City apabila mengalami kecederaan kaki pada awal Disember sekali gus memberikan tamparan hebat kepada harapan mereka untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Guardiola berharap untuk kembali mendapatkan khidmat Haaland pada awal tahun baharu namun, kecederaan Haaland masih berpanjangan dan belum dapat kembali menjalani latihan penuh bersama City.

“Mudah-mudahan hujung bulan ini dia akan bersedia. Ia lebih lama daripada jangkaan kita pada mulanya.

"Kecederaan di bahagian tulang, jadi ia memerlukan masa. Dengan setiap kecederaan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu tetapi ia adalah soal masa,” katanya.

Haaland menjaringkan 52 gol musim lalu semasa kempen pertama membantu City menjulang treble selain telah menjaringkan 19 gol musim ini.

Guardiola mengakui sentuhan penyudah pemain berusia 23 tahun itu amat dirindui City ketika mengejar pendahulu EPL, Liverpool yang mendahului dengan kelebihan lima mata.

“Kami sangat merindui Erling dan kami perlukan dia. Semoga dia boleh kembali bermain.

Artikel Berkaitan:

“Apabila dia cedera pada akhir November, dia terlepas banyak perlawanan. Ia adalah tempoh yang paling sukar,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!