'Ini bukan keputusan saya…’ - Tyzo Xander

Tyzo memaklumkan keputusan untuk berhenti dari stesen radio itu bukan dibuat olehnya dan menganggap itulah harga yang perlu dibayar selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, ABPBH 35, tahun lalu.
Tyzo memaklumkan keputusan untuk berhenti dari stesen radio itu bukan dibuat olehnya dan menganggap itulah harga yang perlu dibayar selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, ABPBH 35, tahun lalu.
A
A
A

BEKAS penyampai Suria FM, Tyzo Xander memaklumkan keputusan untuk berhenti dari stesen radio itu bukan dibuat olehnya.

Ujar pemilik nama sebenar Tuah Zoqarnain Idris itu, dia masih mahu bekerja dan berharap tidak ada mana-mana pihak memutar belit kenyataannya.

"Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP 35).

"Selepas ini mohon tiada pihak 'spin' (pusing) cerita, olah ayat, tuduh 'diva' demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya," tulis Tyzo.

Perkongsian itu mendapat maklum balas ramai dan rata-rata turut kecewa kerana Tyzo tidak lagi bersama stesen radio berkenaan.

Tyzo yang sebelum ini mengendalikan segmen Suria Petang bersama Kak Rara atau Sharifah Shahirah.

Tambah Tyzo, dia akan merindui rakan gandingannya itu dan tidak reda dengan pemergiannya dari stesen radio berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Jutaan maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang. Buat kak Rara (Shahirah), saya akan rindukan bekerja dengan akak.

“Saya tidak reda pemergian ini, tapi apa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi, maafkan saya. Selamat tinggal... Suria," luahnya.

Terdahulu, Suria FM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan khidmat Tyzo bersama stesen radio itu berakhir pada 12 Januari.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!