Janji jaga arwah datuk jadi pendorong belajar bidang perubatan

Nurshazwani (kiri) dan Wal Ikhwan bergambar bersama pada Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM
Nurshazwani (kiri) dan Wal Ikhwan bergambar bersama pada Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ceburi bidang perubatan demi janji kepada Allahyarham datuk menjadi pendorong buat graduan, Wal Ikhwan Mustafa, 24, untuk belajar hingga menerima Anugerah Pingat Emas Perdana sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Kali ke-14 pada Sabtu.

Wal Ikhwan yang juga graduan Diploma Sains Perubatan itu berkata, janji itu dibuat dengan harapan dapat merawat Allahyarham datuknya, Ahmad Yusuf Abdul Wahab yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Menurutnya, hasrat tersebut tidak dapat ditunaikan apabila datuknya yang berusia 70-an itu telah meninggal dunia pada 2015.

Mohd Daud (tengah) menyampaikan watikah pelantikan Canselor kepada Tan Sri Azman Hashim pada Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM

"Masa datuk sakit, saya pernah berjanji dengan dia yang saya nak masuk dalam bidang perubatan dengan harapan saya dapat merawat dia sebab dia ada penyakit kencing manis.

"Itu jadi pendorong saya untuk masuk bidang perubatan tetapi tak sempat untuk saya hendak sambung belajar, dia sudah pun meninggal dunia.

"Kata-kata arwah datuk saya yang saya pegang sampai sekarang adalah, dia suruh saya belajar dalam bidang perubatan supaya saya boleh jaga dia, malangnya saya tidak sempat berbuat demikian," katanya.

Wal Ikhwan berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Azman Hashim (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan Pro-Canselor kepada Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail sempena Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM

Menurut Wal Ikhwan yang berasal dari Batu Gajah, Perak itu, anugerah tersebut akan menjadi motivasi buat dirinya untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda tidak lama lagi.

"Sasaran saya selepas ini saya akan sambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sains forensik, optometrik atau boleh sambung dekat UCMI juga dalam bidang bio-perubatan," ujarnya.

Dalam pada itu, penerima Anugerah Canselor 2023, Nurshazwani Abd Jalani, 25, berkata, meskipun berdepan dengan cemuhan dan sindiran daripada kenalan yang terdekat, namun ia bukan halangan untuk dia terus berusaha serta menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Sebelum ini, saya pernah cakap bahawa saya hendak belajar setinggi yang boleh untuk menjadi doktor falsafah tetapi saya mendapat sindiran daripada kenalan terdekat.

"Ada yang cakap saya tidak mungkin boleh sampai setinggi itu dan saya bukan sesiapa pun tetapi bagi saya, saya nak buktikan kepada mereka bahawa kata-kata mereka adalah salah," menurutnya.

Azman (enam dari kanan) dan Asma (lima dari kiri) merakam kenangan bersama graduan yang juga penerima anugerah terbaik sempena Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Selain itu, UCMI buat julung kalinya mengadakan Majlis Pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Mohd Daud Bakar.

Pada majlis itu, tokoh perbankan negara, Tan Sri Azman Hashim telah dimasyhurkan sebagai Canselor manakala, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail sebagai Pro-Canselor.

Majlis Konvokesyen UCMI Kali Ke-14 yang bertemakan 'Umpama Mutiara Yang Bergemerlapan Di Seantero Dunia' itu turut meraikan seramai 1029 graduan yang telah menerima ijazah sarjana muda, diploma dan sijil merangkumi pelbagai bidang masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!