Saya lebih tahu siapa diri saya: Fara Hezel

Fara Hazel
Fara Hazel
A
A
A

PENYANYI, Fara Hezel, tidak melatah apabila acapkali dikecam berhubung populariti tidak segah adiknya, Aiman Tino.

Ini kerana penyanyi Ku Pasrah itu menganggap populariti berbanding diri dan penyanyi Ku Rela Dibenci itu terletak pada rezeki masing-masing.

"Bagi saya kurang ataupun lebih itu berpihak kepada rezeki masing-masing dan saya tak pernah melatah dengan kata-kata netizen sebab saya lebih tahu siapa diri saya.

"Netizen ini bila mana mereka sudah puas atau penat berhentilah tu," ujarnya kepada Sinar Harian

Mengenai tahun baharu ini, Fara, 23, berharap namanya lebih dikenali dalam industri.

“Mungkin saya akan buat pembaharuan dari segi lagu ataupun terjun ke bidang pengacaraan," akhirinya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!