Yu Qi singkir Axelsen jumpa Antonsen final Terbuka Malaysia

Yu Qi
Yu Qi
A
A
A

PEMAIN China, Shi Yu Qi mengakhiri penguasaan juara bertahan yang juga pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada Sabtu.

Aksi di Axiata Arena itu menyaksikan Yu Qi bermula lebih garang apabila menampilkan permainan bertenaga pada awal babak bagi meningalkan Axelsen untuk menang set pertama 21-12.

Bagaimanapun set kedua, Axelsen yang dalam pemburuan kejuaraan ketiga berturut-turut bangkit untuk menang 21-19 dalam permainan yang menyaksikan kedua-dua pemain berkejar mata.

Set penentuan, Yu Qi tidak menoleh ke belakang memimpin permainan biarpun diasak hebat Axelsen berjaya mengekang kebangkitan pesaingnya itu untuk kemenangan 21-17 dalam masa 71 minit.

Kemenangan itu membolehkan Yu Qi berdepan seorang lagi pemain Denmark, Anders Antonsen di pentas perlawanan akhir

Antonsen mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menewaskan pemain Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-7 dalam masa 40 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!