'Saya mahu menang, tapi Yu Qi lebih padu'

Axelsen
Axelsen
A
A
A

PEMAIN badminton nombor satu dunia, Victor Axelsen mengakui penyandang juara itu tidak berada dalam prestasi terbaik ketika memasuki fasa separuh akhir kempen mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia.

Namun, pemain kelahiran Denmark itu menegaskan dia tetap berusaha menampilkan persembahan terbaik setiap perlawanan bagi pemburuan kejuaraan ketiga berturut-turut untuk edisi Super 1000 berkenaan.

Biarpun begitu, Axelsen mengakui tidak berpuas hati keputusan diraih di Terbuka Malaysia selepas merangkul beberapa kejuaraan Super 1000 sebelum ini.

"Anda bukan pemain terbaik seandainya anda tidak menang dan itulah yang berlaku kepada saya hari ini.

"Ia semua berlaku beberapa minggu selepas memenangi Siri Akhir Jelajah Dunia untuk kali kelima, saya boleh melakukannya dengan rehat seminggu tambahan.

"Saya mahu menang, tapi ternyata Yu Qi lebih berhak untuk menang. Tahniah kerana dia menampilkan permainan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhir di Axiata Arena pada Sabtu.

Dalam pada itu, Axelsen berkata, dia telah memberikan persembahan terbaik seperti yang diberikan sebelum ini dalam setiap perlawanan.

"Untuk seorang pemain tiada apa yang paling mahu diberikan setiap kali berada dalam gelanggang hanyalah kemenangan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, hasrat Axelsen untuk ke pentas perlawanan akhir Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila dijinakkan pemain China, Shi Yu Qi, 12-21, 19-21, 17-21 sekaligus mengakhiri penguasaan juara bertahan pada Sabtu.

Badminton Terbuka Malaysia

Keputusan

Perseorangan Lelaki

(Separuh Akhir)

Anders Antonsen (Denmark) atasi Lin Chun-Yi (Taiwan) 21-16, 21-7

(Pilihan ketujuh) Shi Yu Qi (China) atasi [pilihan pertama] Viktor Axelsen (Denmark) 21-12, 19-21, 21-17

Beregu Lelaki

[2] Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (India) atasi [6] Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae (Korea Selatan) 21-18, 22-20

[1] Liang Wei Keng-Wang Chang (CHN) atasi [pilihan ketujuh] Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun) 21-12, 19-21, 21-13

Perseorangan Wanita

[1] An Se Young (Korea Selatan) tewas Zhang Yi Man (China) 21-17, 21-11

Beregu Wanita

[5] Zhang Shu Xian-Zheng Yu (Korea Selatan) atasi [2] Baek Ha-ba-Lee So Hee (Korea Selatan) 21-17, 21-17

[8] Liu Sheng Shu-Tan Ning (China) Rin Iwanaga-Kie Nakanishi (Jepun) 21-11, 21-16

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!