Biden label pejuang Houthi pengganas
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melabel pejuang Houthi sebagai kumpulan pengganas.
Sebelum ini, White House menyatakan mereka akan terus menyerang kubu kuat kumpulan itu selepas beberapa kapalnya disekat daripada melalui Laut Merah susulan sokongannya terhadap tindakan kejam Israel di Gaza.
Bagaimanpun, pesawat perang, kapal, dan kapal selam AS dan Britain telah melancarkan berpuluh-puluh serangan udara di seluruh Yemen semalaman.
Biden berkata, Washington akan bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan tingkah laku yang disebutnya keterlaluan.
"Kami akan pastikan kami bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan kelakuan keterlaluan ini," katanya.
London dan Washington memaklumkan bahawa serangan mereka di Yemen adalah sebagai membalas dendam.
Ia selepas berbulan-bulan lamanya serangan oleh pejuang Houthi terhadap mana-mana kapal yang melalui Laut Merah yang mempunyai kaitan terus dengan Israel di Gaza. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!