Houthi akan teruskan operasi ketenteraan lawan Israel

Houthi di Yemen akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah. Foto AFP
Houthi di Yemen akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah. Foto AFP
A
A
A

SANAA - Kumpulan Houthi di Yemen berkata, kumpulan itu akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Saba.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Sanaa, ibu negeri Yemen, menjadi sasaran serangan udara.

"...ia sama sekali tidak akan menghalang Yemen daripada meneruskan operasi ketenteraannya terhadap musuh kami Israel dan menghalang kapal sekutu mereka menuju ke pelabuhan Palestin yang diduduki.

"Pencerobohan Israel pasti akan cuba dihalang oleh angkatan tentera kami, operasi ketenteraan Yemen terhadap musuh dan menghalang laluan kapalnya dan kapal dari negara lain yang membawa barangan ke sana,” menurut kenyataan itu.

Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melancarkan serangan udara terbaru di Sanaa pada Sabtu, sehari selepas serangan dilakukan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan yang dikawal oleh Houthi di Yemen.

Selepas serangan pada Jumaat yang mengorbankan lima ahli Houthi, kumpulan itu berikrar bahawa semua kepentingan AS dan Britain akan menjadi 'sasaran' sebagai tindak balas kepada 'pencerobohan langsung' mereka terhadap Yemen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!