Putera Mahkota bakal diisytihar raja baharu Denmark

Putera Mahkota Frederik bakal membawa gelaran Raja Frederik X.Foto AFP
Putera Mahkota Frederik bakal membawa gelaran Raja Frederik X.Foto AFP
A
A
A

COPENHAGEN - Denmark bakal menyaksikan perubahan ketara dalam sistem beraja apabila Permaisuri Margrethe II akan melepaskan takhta selepas berkhidmat selama 52 tahun, lapor Agensi Berita Jeman (dpa).

Margrethe, 83, bakal digantikan oleh putera sulungnya Putera Mahkota Frederik, 55, penurunan dari takhta secara sukarela pertama dalam hampir sembilan abad.

Istiadat rasmi penurunan dari takhta itu dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang (1300 GMT) di Copenhagen.

Sejurus itu, pada pukul 3 petang (1400 GMT), Perdana Menteri, Mette Frederiksen secara rasmi akan mengisytiharkan Putera Mahkota Frederik sebagai raja baharu.

Raja baharu itu bakal membawa gelaran Raja Frederik X.

Sebelum ini, Permaisuri Margrethe II dalam perutusan tahun baharu bertitah bahawa baginda akan melepaskan takhta pada 14 Januari dan menyerahkan takhta kepada putera sulung baginda. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!