Pemandu tersepit, van kilang terbabas

Van kilang terbabas ke tepi longkang dalam kejadian di Jalan Sungai Pasir kira-kira jam 8.08 pagi tadi. -Foto JBPM
Van kilang terbabas ke tepi longkang dalam kejadian di Jalan Sungai Pasir kira-kira jam 8.08 pagi tadi. -Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu van kilang cedera selepas kenderaan dipandunya itu terbabas masuk ke dalam longkang di tepi Jalan Sungai Pasir di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 8.08 pagi itu menyebabkan kaki mangsa berusia 51 tahun itu tersepit.

"Mangsa dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani.

"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan memberi rawatan awal," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dengan menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Sungai Petani untuk rawatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!