Langkah Tyzo dan politik radio

Tyzo Xander
Tyzo Xander
A
A
A

MINGGU lalu kecoh apabila Tyzo iaitu seorang penyampai radio dari sebuah stesen popular ditamatkan kontraknya secara tiba-tiba.

Angin tak ada, ribut pun tidak, tup-tup dapat surat berhenti. Siapa yang tak terkejutkan?

Merak Jalanan yang ketika itu sedang berehat di rumah pun terkejut apabila mendapat perkhabaran tersebut. Apa yang telah berlaku agaknya yang kita tidak tahu.

Namun kenyataan Tyzo berbunyi seperti satu penganiayaan buat dirinya telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Maka ramailah pula personaliti radio yang muncul memberikan pelbagai cerita berdasarkan pengalaman sendiri.

Paling menarik adalah berkenaan ‘politik radio’. Barulah Merak Jalanan tahu bahawa rupa-rupanya di stesen radio pun ada politiknya tersendiri yang agak ganas.

Ingatkan ‘Langkah Dubai’ jer panas, langkah Tyzo pun panas juga nampaknya, melangkah keluar dari konti dengan panas hati. Sabarlah Tyzo.

Menariknya lagi, tak sampai pun sehari kes ‘meletup’ di media sosial, ada pula stesen radio lain yang memberi ‘hint’ untuk mengambil Tyzo sebagai penyampai radio mereka.

Artikel Berkaitan:

Inilah yang dinamakan jika dah rezeki tidak akan ke mana.

Merak Jalanan tidak mahu ulas panjang berkenaan politik radio seperti yang diperkatakan kerana di mana-mana tempat kita bekerja pun ada politiknya tersendiri.

Apa yang perlu dilakukan adalah bagaimana cara untuk kita menghadapi perkara tersebut.

Seperti Tyzo, mungkin benar bak kata dirinya sendiri, inilah harga bergelar paling popular.

Namun dek kerana gelarannya itulah yang membuatkan Tyzo menjadi rebutan dan perhatian.

Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Percaya diri, benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau.

Semoga langkah Tyzo akan lebih laju dan panjang di tempat baru sama ada yang Hot atau yang Kool atau di mana-mana sahajalah.

Yang penting, apabila bekerja, hati mahu mesti ‘happy’.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!