Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Seleweng kutipan zakat: Suami isteri dibebas dengan jaminan bon mahkamah

15 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 15 JANUARI 2024

Suami isteri yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah di Ipoh pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian Normawati Adnan.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun dan wanita 53 tahun itu dengan jaminan bon sebanyak RM50,000 seorang di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644401/berita/semasa/seleweng-kutipan-zakat-suami-isteri-dibebas-dengan-jaminan-bon-mahkamah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kedah #SungaiPetani #SiarSeniSP