Ubi kayu satu tan habis dijual dalam tiga hari

Rozana bersama ubi kayu yang dijual di Paya Pulai, Temerloh.
Rozana bersama ubi kayu yang dijual di Paya Pulai, Temerloh.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang peniaga dekat Paya Pulai tidak menang tangan melayan permintaan mendadak terhadap ubi kayu sepanjang musim tengkujuh.

Rozana Keria, 43, berkata, bekalan ubi kayu tanah gambut diperoleh dari Johor mencecah satu tan itu licin dalam tempoh tiga hari.

"Ini pun tinggal 100 kilogram sahaja di gerai kerana yang lain telah habis diborong peniaga.

Ubi kayu laris mendapat permintaan tinggi pelanggan terutama pada musim tengkujuh.
Ubi kayu laris mendapat permintaan tinggi pelanggan terutama pada musim tengkujuh.

"Bekalan ubi kayu sekarang agak susah nak dapat dan saya terpaksa menunggu agak lama. Pening juga kepala fikirkan stok sedia ada semakin berkurangan," katanya yang turut menjual nanas MD2 di gerai miliknya.

Katanya, buat masa ini, dia hanya menjual ubi kayu putih sahaja.

"Ikutkan permintaan terhadap ubi kayu kuning sangat tinggi dan jadi rebutan. Tetapi sukar dapat bekalan kerana banjir di Kelantan," jelasnya sudah hampir 17 bergelar peniaga.

Ujar Rozana, harga jualan runcit ditawarkan RM4 hingga RM6 sekilogram manakala RM3.20 sekilogram bagi setiap guni seberat 50kg untuk harga borong.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang musim tengkujuh ini, permintaannya sangat tinggi, sekali gus membantu menambah pendapatan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!