Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Putera Mateen, pasangan

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah yang telah selamat diijabkabulkan. - Foto Instagram Istana Negara
Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah yang telah selamat diijabkabulkan. - Foto Instagram Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah yang telah selamat diijabkabulkan.

Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin Diraja itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi satu hantaran di Instagram Istana Negara pada Isnin, Seri Paduka berdua mendoakan semoga pasangan Diraja itu sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dilimpahi keberkatan, kebaikan, keafiatan dan kebahagiaan.

"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas persilaan berangkat menghadiri Istiadat Bersanding Pengantin Diraja semalam," menurut hantaran itu.

Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!