Lelaki dipenjara bawa lari kenderaan, penumpang, kambing
OKLAHOMA - Seorang lelaki dipenjara gara-gara mencuri kenderaan pacuan empat roda yang didalamnya terdapat penumpang dan seekor kambing di Missouri, Amerika Syarikat.
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku Rabu lalu apabila sebuah kenderaan bersama penumpangnya telah dibawa lari oleh suspek, Brandon Kirby,40, dari Missouri ke Oklahoma iaitu sejauh kira-kira 209 kilometer sebelum di tahan pihak berkuasa.
Ketika kejadian berlaku, terdapat dua individu menaiki kereta berkenaan sebelum pemandunya meletakkan kenderaan di luar sebuah kedai video di Carthage, Missouri dan masuk ke premis berkenaan.
Difahamkan, penumpang kenderaan tersebut pada waktu itu sedang tidur dan apabila terjaga didapati seorang lelaki bertopeng sedang memandu kereta itu lalu mengacukan pistol di kepalanya.
Namun begitu, suspek berjaya ditahan pihak berkuasa di Lebuh Raya Oklahoma yang menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu selepas penumpang dan kambingnya dibiarkan keluar daripada kenderaan tersebut.
Pejabat Sheriff Sheriff Creek County, Oklahoma memaklumkan, selain dipenjarakan kerana mencuri, suspek didapati bersalah menculik, mengacukan sejata api dan memikilinya.
"Bagi kesalahan tersebut suspek mungkin dikenakan denda sebanyak ASD$ 100,000," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!