Peniaga temui ajal dalam perjalanan beli sarapan

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh pacuan empat roda.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh pacuan empat roda.
A
A
A

JASIN - Seorang peniaga tidak sempat bersarapan selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Parit Penghulu berhampiran Surau Ar Ridhuan), di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa, Tan Hon Lai, 55, yang beralamat di Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Parit Penghulu dalam perjalanan ke pekan Sungai Rambai untuk membeli sarapan.

Kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang warga emas wanita dari arah Sungai Rambai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sehingga terlanggar motosikal mangsa.
Kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang warga emas wanita dari arah Sungai Rambai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sehingga terlanggar motosikal mangsa.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang warga emas wanita berusia 64 tahun dari arah Sungai Rambai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sehingga terlanggar motosikal mangsa.

"Akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan, namun individu itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pasukan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!